Hubungan Interpersonal

“Memulai pertengkaran adalah seperti membuka jalan air; jadi undurlah sebelum perbalahan mulai.”

Sebarang kebahagiaan dan kesedaran yang dirasai Rachel datang daripada orang di sekelilingnya. Dia berumur 19 tahun – dan sedang mengalami masalah dengan ibubapa. Terdapat banyak perkara yang mereka saling tidak bersetuju. Perbalahan paling buruk melibatkan soal pengajian Rachel. Kedua dua ibubapa Rachel mahukan dia meneruskan pelajaran ke kolej, namum Rachel tidak lagi berminat untuk belajar.

“Hakikat sebenar adalah, “kata Rachel, “Saya menamatkan sekolah menengah semata-mata untuk memuaskan hati mereka. Saya tidak akan mengurung diri dalam kolej selama 4 tahun lagi demi alasan yang sama.

Rachel cuba mengelak konfrontasi keluarga. Dia menjadi sangat gementar bila bertengkar dengan keluarga. Kadangkala dia akan terucap kata-kata yang dimaksudkan. Tetapi suasana masih tegang biar pun mereka tidak berbalah.

Keadaan di tempat kerja juga tidak jauh berbeza. Peneyelia sering mencari kesalahannya. Seolah – olah sedang memerhatikan setiap gerak laku untuk mencari kesalahan yang boleh dikritik secara terbuka. Rachel tidak selesa di tempat kerja dan mahu menukar pekerjaan. Namun belum ada kekosongan kerja yang dapat dicari.

Bahagian terindah setiap hari adalah masa-masa yang diluang bersama teman lelaki. Dia mendengar, memberi semangat, dan membimbing Rachel. Dia cuba membantu Rachel agar perkara di rumah dan di tempat kerja dapat diperbaiki. Mereka sering keluar bersama pasangan lain serta boleh berbual, ketawa, dan bergembira. Dengan kawan-kawannya, Rachel dapat melupakan stress di tempat kerja dan di rumah.

Rujukan: Atasi Stress, Dr Julian Melgosa, Gaya Hidup Baru April 2012: 1 edisi


Discover more from SIB Donggongon

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Published by @ dr jonathan

Sebuah gereja Kristian Injili dan Karismatik.