Banjir di Penampang

IMG-20180601-WA0003

Kejadian banjir di Penampang pada 31.5.2018 sehingga 1.6.2018 adalah suatu fenomena banjir yang sememangnya amat menjejaskan penduduk di Penampang khususnya.  Selain jalanraya ditenggelami air dan tidak dapat dilalui rumah-rumah di kawasan tanah rendah dan yang berdekatan dengan sungai juga ditenggelami air sehingga terpaksa dipindahkan sementara.  Manakala pekan Donggongon pula hampir keseluruhan pekan Donggongon ditenggelami air. (Amaran Ribut Petir 31.5.2018 masa 8.15 pm – Kawsaan Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Kawasan Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud)

Hujan yang  berterusan menyebabkan air sungai melimpah (overflow) dan paras air yang luar biasa dari Sungai Moyog yang menyebabkan fenomena banjir ini berlaku di kawasan tanah rendah terutama yang berdekatan dengan sungai, perumahan dan pekan Donggongon di mana paras Sungai Moyog melebihi paras bahaya iaitu 9.12m pada jam 7.15 pm pada 31.05.2018.  Sehingga pada 1.6. (Alert Level: 8.0 m, Danger Level: 8.5m Crtical Level 9.0m) sehingga jam 1.41 pm pada 1.6.2018 masih berada pada paras bahaya iaitu 8.90m.

Kawasan-kawasan yang terjejas adalah:

  1. Kg Putaton Inobong
  2. Kg Tanaki
  3. Kg Kolopis
  4. Kg Tuavon
  5. Kg Inobong Putaton Bansadon
  6. Kg Penampang Proper
  7. Kg Dabak
  8. Kg Kasigui
  9. Kg Babah
  10. Kg Sugud
  11. Kg Kibabaig
  12. Kg Babagon
  13. Kg Pinapah Kondis
  14. Kg Nambazan

Manakala jalan-jalan yang terjejas adalah:-

  1. J. Nambazan
  2. J. Dtk Panglima Banting
  3. J. Dakata
  4. J. SRK Sugud
  5. J. Tulangis
  6. J. Kibabaig
  7. J. Pintas Penampang
  8. J. Sugud Timpangoh
  9. J. Sugud Maang
  10. J. Nampasan
  11. J. Kibunut
  12. J. Donggongon Kasigui
  13. J. Tadong Tadong

Kawasan Tanah runtuh:-

J. Tadong Tadong

Pusat Pemindahan:- Jumlah keluarga: 3

Maklumat pada 1.6.2018 jam 1500 oleh Pejabat Daerah Penampang & Ahli JPBD

 

 

 

 


Discover more from SIB Donggongon

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Published by @ dr jonathan

Sebuah gereja Kristian Injili dan Karismatik.