Anugerah Allah

Persekutuan Kelompok
Setiap hari Rabu malam
Hari lain atas kesesuaian

Setiap Kelompok diminta mengambil Pastor
Thema: Anugerah Allah
Khotbah: Pta Thomas Padan pada 3/6/2018
Perbincangan KomSel
Ayat:
Yermia 17:5-8
Yohanes 15:5 &7
Perumpamaan Kisah Kesaksian seorang pemudi bernama Ebby.
Ebby seorang pemudi berumur 21 tahun anak seorang yang berada, di mana ibu bapa nya mempunyai perniagaan. Pada suatu masa perniagaan ibubapanya mengalamai kerugian besar dan bankruptcy. Ibu bapa Ebby telah bertengkar dan telah mengalami perceraian. Hasil perceraian tu adik beradik Ebby telah tinggal bersama nenek mereka, manakala Ebby pula tinggal bersama makciknya kerana ingin melanjutkan pelajarannya. Selama Ebby tinggal bersama makciknya kehidupannya cukup menderita kerana dipaksa rela bekerja oleh makciknya. Pelajarannya merosot, makan minum nya pun tidak ketentuan, kadang-kadang dia memakan makanan yang sudah basi.
Sehingga pada suatu masa dia bertekad untuk melarikan diri dari keluarga makciknya untuk mencari pekerjaan di kota. sewaktu dia dalam perjalanan ke kota dia bertemu dengan sepasang suami isteri dan dia menceritakan segala masalah hidupnya. Suami isteri itu membawanya ke rumah mereka untuk tinggal bersama. Ebby sungguh bersyukur kerana suami isteri tersebut sungguh baik dan mengasihinya seperti anak sendiri, kerana suami isteri tersebut adalah hamba Tuhan iaitu seorang Pendeta.
Keluarga Pendeta tersebut mula membawa Ebby ke gereja dan di sana Ebby mula mengenal kasih Yesus dan menerima Yesus sebagai Juruselamat. Doa Ebby telah dijawab oleh Tuhan dan sekarang dia mendapat kerja di sebuah pejabat sebagai kerani. Pada mulanya Ebby pergi kerja menggunakan basikal Pendeta tersebut, oleh berkat doa Ebby, dia mampu membeli sebuah motorsikal untuk dia pergi bekerja.
Ebby dibentuk dan melayani di dalam gereja Pendeta tersebut dan masih bekerja untuk Pendeta tersebut. Dia mempunyai kerinduan untuk membawa ibu bapa nya mengenal Yesus. Ebby selalu berdoa untuk ibubapa dan keluarganya, dan dengan berkat doanya yang bersungguh sungguh dia dapat dipertemukan dengan ibubapanya semula, seterusnya ibubapanya percaya dan menerima Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat.
Pelajaran:
Semasa Ebby di luar Tuhan
banyak musibah yang menimpa
Perceraian ibu bapa Berpisah dengan adik-adik
Dia menumpang dengan makcik
Banyak masalah sekolah dan makanan tidak terurus
Setelah Ebby telah bertemu dengan Tuhan Yesus
Pendeta mengasihinya seperti anaknya sendiri
Ebby mendapat kerja dan motorsikal
Ebby dipertemukan dengan ibu bapa
Share this:


Discover more from SIB Donggongon

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Published by @ dr jonathan

Sebuah gereja Kristian Injili dan Karismatik.