Memberi dengan Pengertian

img-20180626-wa00061362299015.jpg

Tarikh: 24hb Jun, 2018

Pengkhotbah:  Pst Jirry B

Thema:  Memberi dengan Pengertian

Ayat Rujukan:  2 Kor 9: 1 – 15, KPR 11: 2-3, Markus 12: 41-44, Roma 12:1

Si A – mempunyai wang RM100, pemberian – RM 50 – pemberian 50%

Si B – mempunyai wang RM10, pemberian – RM8 – pemberian 80%

Soalan: Siapa memberi lebih banyak kepada Tuhan?

Pelajaran berdasarkan Ayat:

  1.  Memberi dengan pengertian & mendidik diri sendiri dan juga orang lain
  • mendidik kita bersyukur
  • mendidik kita mengasihi
  • kegiatan mu menjadi perangsang

2.  Memberi kerana ketaatan kepada injil

  • memberi kerana kepatuhan Injil
  • memberi kerana kesatuan dan keseimbangan di dalam gereja
  • hubungan orang Yahudi dan bukan orang Yahudi tidak baik
  • pemberian itu merapatkan hubungan antara Yahudi dan bukan Yahudi
  • Rasul Paulus mengubah pikiran mereka supaya patuh kepada injil bukan menjadi penaung kepada gereja
  • memberi bukan setakat membayar keperluan gereja
  • Sejarah Eknomi SIB Sabah sejak berpisah dengan SIB Sarawak – hasil temu ramah bekas2 Bendahari SIB, kedudukan ekonomi SIB Sabah bergantung kepada kerohanian jemaat SIB Sabah
  • kalau kerohanian jemaat turun – kewangan SIB menurun
  • bergantung kepada kepatuhan Injil

3. Memberi bukan dengan Jumlah tetapi dengan Nilai

  • Rasul Paulus mendidik bahawa pemberian bukan kehilangan/kerugian tetapi kita menabur wang itu
  • banyak menabur banyak menuai
  • Markus 12:41-44 – perumpamaan pemberian seorang janda hanya 2 peser (satu duit)
  • 1 duit hanya boleh membayar mandi di tempat awam pada masa itu, atau dapat membeli 1 genggam tepung
  • gaji 1 hari bersamaan 1 dinar atau 100 lebih peser
  • janda itu memberi yang banyak kerana memberi dengan kekurangan
  • menabur banyak menuai banyak, menuai sedikit menuai sedikit
  • bukan dinilai berapa kita beri tetapi berapa kita ada
  • memberi bukan dengan sedih atau paksaan tetapi dengan sukacita
  • kalau kita memberi dengan nilai Allah akan memberkati berlimpah
  • Roma 12:1 – tubuh kita adalah persembahan yang hidup

KESIMPULAN:

  • kita memberi bukan dengan jumlah tetapi dengan nilai
  • memberi bukan dengan paksaan tetapi memberi dengan suka cita
  • memberi dengan pengertian dan patuh kepada Injil
  • tubuh kita adalah persembahan yang hidup

 

 


Discover more from SIB Donggongon

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Published by @ dr jonathan

Sebuah gereja Kristian Injili dan Karismatik.