PERHATIKAN KEADAAN MU

Ibadah: 28/7/2019

Khotbah: Pst Jirry Bonot

Rujukan: Hagai 1:1-11

Thema: Perhatikanlah diri mu – dalam membangun Gereja

Sejarah Umat Israel – Rumah Tuhan disiapkan kerana pertolongan dan hadirat Tuhan. Tuhan menempatkan namaNya (2 Taw: 6-7) dan janji Tuhan mewakili penghapusan dosa, persembahan korban menunjukkan betapa mahalnya pengampunan dari Tuhan.

Rumah Tuhan sangat penting bagi umat Isrsel. Pada masa ini Rumah Tuhan adalah gereja di mana kita mendapat makanan rohani dan makna kehidupan kita.

600 SM – Yehuda dan Yerusalem dijajah oleh Kerajaan Babel, umat Israel dibuang ke Babel. Rumah Tuhan tinggal reruntuhan

530 SM – Kerajaan Persia pula menjajah Babel, umat Israel disuruh pulang ke Yerusalem. Rombongan 1 (diketuai Zerubabel)

458 SM – Rombongan 2 (diketuai oleh Nabi Ezra & Nabi Nehemia). Janji Allah akan membawa umat Isrsel kembali ke tanah Yerusalem dan membina semula Rumah Tuhan.

Semasa rombongan pertama di bawah Zerubabel mereka mulai meletakkan dasar Rumah Tuhan seperti nubuat para nabi.

Walaubagaimana pun cabaran baru adalah orang Samaria dan tetangga Yehuda yang tidak suka projek mereka. Kesan buruk kepada jiran, mereka menentang usaha itu.

Mereka akhirnya patah semangat untuk membina Rumah Tuhan, akhirnya bagus kita buat rumah sendiri (kepentingan diri sendiri). Apabila umat Israel kembali ke Yerusalem adalah penggenapan para nabi dan pertolongan Tuhan.

Tuhan akan memberikan visi untuk membangun Rumah Tuhan. Persoalan umat Israel dan Tuhan dengan perantaraan Nabi Hagai.

Kerja Rumah 1: Perhatikan kamu mengalami ini

Umat Israel katakan belum sampai masa untuk membangun Rumah Tuhan. Lalu nabi Hagai menyindir..adakah rumah kamu sendiri sudah siap?

Perhatikanlah keadaan mu. keadaan mereka. Kamu menabur banyak tetapi tiada hasil, makan tetapi tidak kenyang, minum tetapi tidak puas, ada pakaian tetapi masih panas, bekerja untuk upah tetapi pundi-pundi berlubang.

Betapa malangnya keadaan mereka. Harapan banyak tetapi hasil sedikit kerana Tuhan menghembusnya. Rumah Tuhan tetap jadi reruntuhan. Mereka bekerja tetapi sia-sia seperti menjaring angin.

Kerja Rumah ke-2: Mau kah kamu hidup seperti itu?

Allah tidak menyebut: umat ku, bangsa ku, umat pilihan ku, umat kepunyaan ku tetapi Tuhan menyebut Isrsel bangsa ini dan bangsa itu. Apabila kita memutuskan hubungan dengan anak -anak kita akan menjadi sedih.

Kerja Rumah ke-3:

Apabila manusia menolak kita – its OK

Apabila Tuhan menolak kita – its OVER

Kenapa Tuhan menolak mereka, kerana mereka melalaikan pembinaan Rumah Tuhan. Ada konsep ” Berkat “dan “Kutuk”. dlm Imamat 26, Ulangan 28.

Ayat 8 – Tuhan menyuruh umat Isrsel mengangkat kayu dan naik ke gunung. Ini berkaitan “komitment” untuk mengambil kayu-kayu. Apa respon umat Israel, komitment mereka dipulihkan, kesepakatan, bersemangat membina Rumah Tuhan dan taat kepada Tuhan.

Ayat 13 – jaminan Tuhan menyertai mereka.

KESIMPULAN:

Keadaan kita dengan umat Isrsel tidak sama tetapi sama untuk mencari gedung gereja, cabaran utama dan pergumulan kita dari dahulu, iaitu ketiadaan tempat ibadah.

Oleh itu perhatikanlah keadaan mu seperti Firman Tuhan. Ini bukan bercakap tentang wang kerana kita ini pun serba kekurangan, wang adalah no. 2, ke-3 atau seterusnya wang bukan cabaran utama tetapi cabaran utama adalah diri kita sendiri.

Jangan perhatikan dompet mu tetapi perhatikan komitment mu, semangat mu, kesepakatan dan iman mu.

Apabila Tuhan mengangkat kita dari gelap Tuhan telah menebus kita. Ada ubat tetapi tidak membeli kesihatan, ada rumah tetapi tidak menjanjikan kebahagiaan, ada katil tang mahal belum tentu nyenyak tidur.

Apabila kita melakukan banyak program namun tanpa komitment, tiada kesepakatan

Alkitab tidak memberikan iman. Tuhan memerlukan sesuatu untuk kita lakukan.

Perhatikanlah dirimu seperti dalam Firman Tuhan, adakah kita buat untuk diri sendiri atau untuk Tuhan kerana kita hidup untuk Tuhan.


Discover more from SIB Donggongon

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Published by @ dr jonathan

Sebuah gereja Kristian Injili dan Karismatik.