Menyokong PJB’19
9-8 Ogos, 2019 – PJB Wilayah Barat di Padang SIB Pekan Ranau.
4-5 Oktober, 2019 – PJB Wilayah Timur di Dewan Kompleks Sukan Sandakan.
Shalom.
SIB akan melaksanakan dua ibadah berskala besar di negeri ini pada waktu yang terdekat ini.
Wilayah Barat bertempat di padang SIB Pekan Ranau pada 9&10/8/2019 dan Wilayah Timur bertempat di Dewan Kompleks Sukan Sandakan pada 4&5/10/2019.
Di ambang pelaksanaan dua ibadah berskala besar ini, wajarlah kita menilai keghairahan rohani dan semangat doa kita bagi pekerjaan Roh Kudus keatas jemaah-Nya supaya menjadi saksi Kristus yang berkesan pada zaman akhir ini.
Semua pihak ada peranan penting untuk menjayakan ibadah ini sama ada di peringkat kawasan dan sidang2 setempat seperti berikut:
1. Kepimpinan Kawasan menetapkan satu tarikh doapuasa diperingkat kawasan dan mendoakan perkara2 doa berkaitan PJB’19.
2. Mendorong secara berkesan jemaah untuk hadir bersama saudara mara/kawan2 untuk hadir ke PJB’19.
3. Kepimpinan disemua peringkat gereja SIB bersehati dan komited utk tidak mengadakan apa-apa aktiviti pada tarikh PJB’19.
4. Menyelaras kenderaan utk kegunaan pengangkutan dari kawasan/sidang ke lokasi PJB’19.
Sebagai orang Kristian, pada akhir zaman ini kita ada persamaan kerinduan yang mendalam iaitu Kebangunan Rohani.
Marilah bersatu hati berseru kepada Allah untuk kebangunan rohani pada skala mega melanda umat-Nya di saat akhir ini.
In Christ,
Thenny M. Ali
SUA & Pastor PJB’19 SIB Sabah.
Discover more from SIB Donggongon
Subscribe to get the latest posts sent to your email.