Pengamalan gaya hidup sihat dengan sentiasa bersikap positif dalam kehidupan.
Elakkan tekanan melampau, cuba rehatkan diri apabila berasa tertekan. Cari cara yang bersesuaian untuk menenangkan fikiran anda. Ambil masa untuk memikirkan punca tekanan anda adakah ia disebabkan masalah keluarga, kerja, kewangan atau berkaitan dengan kesihatan. Apabila diketahui puncanya, ia akan memudahkan anda untuk mencari jalan penyelesaian.
Lakukan rutin pemeriksaan kesihatan teratur terutama apabila sudah mengetahui mempunyai risiko hipertensi.
Amalkan pengambilan ubat-ubatan secara teratur dan jangan sesekali meninggalkan ubatan apabila keluar rumah.
Banyakkan minum air kosong mengikut keperluan tubuh.
Amalkan pemakanan sihat dan seimbang. Paling utama, kurangkan pengambilan garam dan tingkatkan jumlah potassium dalam diet. Lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh.
Bersenam secara konsisten. Senaman boleh membantu anda mengekalkan berat badan dan merendahkan tekanan darah. Lakukan senaman berintensiti sederhana atau aerobik sekurang-kurangnya dua setengah jam (150 minit seminggu). Antara senaman aerobik adalah berjalan cepat, joging, menari, bermain badminton atau apa saja aktiviti yang membuatkan jantung anda berdegup pantas dan memaksa anda menggunakan oksigen daripada biasa.
Kekalkan berat badan ideal. Kegemukan dan obesiti akan meningkatkan risiko untuk mendapat tekanan darah tinggi.
Hadkan pengambilan alkohol. Minum terlalu banyak alkohol juga boleh meningkatkan tekanan darah anda. Ia bukan saja menambah kalori, malah boleh membuatkan berat badan bertambah.
Berhenti merokok. Merokok boleh meningkatkan tekanan darah dan mendekatkan anda dengan risiko serangan jantung dan strok.
Dapatkan bantuan untuk berhenti merokok dengan berjumpa doktor. Bagi yang tidak merokok, cubalah sedaya mungkin untuk menghindari kawasan yang menjadi tumpuan perokok.
Discover more from SIB Donggongon
Subscribe to get the latest posts sent to your email.