20hb September 2019
“Pergilah, kumpulkanlah semua orang Yahudi yang terdapat di Susan dan berpuasalah untuk aku; janganlah makan dan janganlah minum tiga hari lamanya, baik waktu malam baik waktu siang…” Ester 4:16
1. Kumpulkanlah semua
2. Berpuasalah untuk aku
3. Janganlah makan & minum
4. 3 hari siang malam
Raja Ahasweros – Raja kerajaan Media – Persia yg memerintah pd masa itu, disebutkan dlm Alkitab disebutkan 127 buah negara di bawah kekuasaan nya bermula dr India sehingga Ethopia..bererti seluruh India & Afrika, Timur Tengah pd masa itu.
Haman – Ketua pembesar istana
Mordekhai – Pak cik kpd Ester
Wasti – Ratu yg dihukum oleh Raja Ahasweros kerana melawan perintah Raja
Ester – Ratu yg berbangsa Yahudi
Rujukan : Ester 4:10-17
1. Dalam suatu pergumulan atau perjuangan, salah satu hal yang sangat diperlukan oleh manusia adalah sokongan. Sokongan dapat dirasakan ketika ramai orang ikut serta dalam membantu, baik dari segi kewangan, moral, kepakaran, pengetahuan dan sebagainya.
2. Dengan adanya sokongan, mereka yang sedang berjuang merasa tidak berjalan sendirian. Ketika perjuangan itu meraih kejayaan, maka sukacita menjadi milik bersama.
3. Mordekhai mengingatkan Ester bahawa menghindari masalah bukanlah jalan penyelesaian.
4. Itu sebabnya Mordekhai ingin Ester berfikir dari perspektif iman bahawa posisinya sebagai ratu merupakan campur tangan Allah untuk menyelamatkan bangsa pilihan-Nya dari pembunuhan beramai-ramai (14). Andaikata Ester tetap menolak membantu bangsanya kerana takut terkorban (11),
5. Mordekhai tetap percaya bahawa Allah Israel akan memberikan pertolongan kepada umat-Nya dengan cara yang lain (13-14).
6. Pernyataan dan teguran Mordekhai mungkin menyedarkan Ester akan statusnya sebagai bangsa pilihan Allah. Oleh itu, tanpa berfikir panjang Ester meminta sokongan dari seluruh orang Yahudi untuk berpuasa selama tiga hari baginya (16). Tujuannya adalah agar Allah berkerja menyedarkan Raja Ahasyweros dan ingin menerima permintaan Ester untuk menyelamatkan bangsanya.
7. Esther mengambil keputusan untuk bersemuka kpd Raja dan meminta belas kasihan kpd Raja utk menyelamatkan bangsa Yahudi yg berdepan dengan masalah dibunuh oleh Haman yg benci dgn bangsa Yahudi.
8. Untuk meluruskan arah perjuangan, sepatutnya seluruh elemen bangsa turut menyokong mencipta suatu kesatuan.
9. Sokongan itu terdapat dalam banyak cara, salah satunya dengan doa dan puasa.
10. Sebagai umat Allah, marilah kita ikut serta menciptakan suasana yang tenang dan damai.
11. Saat kita diperlakukan tidak adil, marilah kita bersatu hati dan berdoa memohon pertolongan kepada Tuhan.
———————————————–
Mengapa Ester menyuruh bangsa berpuasa ?
1. Meminta sokongan bangsa Yahudi menyokong dia supaya ada kekuatan & keberanian berjumpa dgn Raja supaya dia x bersendirian menghahadpi masalah
2. Memohon hikmat kebijaksanaan dr Tuhan utk bagaimana menyelamatkan bangsa Yahudi drp dibunuh oleh orang2 Haman
3. Tujuannya adalah agar Allah berkerja menyedarkan Raja Ahasyweros untuk menerima permintaan Ester untuk menyelamatkan bangsanya.
4. Sebelum berhadapan dengan kenyataan dunia yang sering mengecewakan, cari dan datanglah terlebih dahulu kepada Tuhan. Hal inilah yang Ester lakukan saat Haman berencana memusnahkan bangsa Yahudi.
5. kita hanya perlu datang mencari Tuhan melalui doa puasa yang sungguh-sungguh. Karena dari kesungguhan itu, Tuhan pasti tergerak untuk menopang, membantu dan meninggikan kita untuk menghalau seluruh kesulitan didalam dunia.
6. Ester justru mencari Tuhan dan merendahkan diri di hadapanNya dengan mengajak seluruh orang Yahudi untuk berdoa puasa selama 3 hari 3 malam. Ester kenal betul bagaimana sifat dan kasih Tuhan kepada setiap orang yang mau datang untuk berlindung kepadaNya.
7. Kita perlu ada keintiman dgn Tuhan untuk menolong kita di saat apa pun pergumulan kita
8. Dalam suatu perjuangan, salah satu hal yang sangat diperlukan oleh manusia adalah sokongan. Sokongan dapat dirasakan ketika ramai orang ikut serta dalam membantu, baik dari segi kewangan, moral, kepakaran, pengetahuan dan sebagainya. Dengan adanya sokongan, mereka yang sedang berjuang merasa tidak berjalan sendirian. Ketika perjuangan itu meraih kejayaan, maka sukacita menjadi milik bersama.
KESIMPULAN:
Sebagaimana inti Puasa Ester, meminta perlindungan Tuhan dan berakhir dengan kemenangan, bahwa yang jahat dan berencana jahat akhirnya kalah dan tidak bisa menyentuh orang-orang yang Tuhan bela.
Dalam konteks ini, siapa yang bisa menafikan, bahwa perlindungan Tuhan yang sejati adalah kita semua kembali kepadaNya dan hidup bersama Dia, dalam sorga kekal. Itulah kemenangan sejati manusia, kembali kepada Tuhan dengan kondisi yang “bersih”, sebagaimana yang kita pelajari dari spiritualitas dan agama.
“TUHAN MEMBERKATI”
Discover more from SIB Donggongon
Subscribe to get the latest posts sent to your email.