Oleh itu, kita dikehendaki untuk bersungguh-sungguh berdoa syafaat mendukung isu-isu yang dibangkitkan supaya kita dapat mencari kedamaian dan kemakmuran Malaysia.
Doa kita merangkumi isu-isu yang akan dibahaskan di Parlimen dan yang penting bagi kita semua sebagai rakyat. Oleh kerana Parlimen adalah badan pembuat undang-undang tertinggi di negara kita, adalah kewajipan kita sebagai warganegara, dan misi kita sebagai jemaah Kristian, untuk berdoa agar undang-undang yang baik, adil dan benar dilaksanakan.
Kami dengan sukacitanya menyediakan fail pdf untuk muat turun mudah bagi anda yang boleh anda gunakan dalam doa peribadi anda ataupun untuk dikongsi dengan gereja, kumpulan sel atau keluarga.
Fail ini juga mengandungi beberapa ruang undang-undang yang mungkin akan dibentangkan.
Harap ingat untuk dukung dalam doa semasa pembentangan Belanjawan 2020 pada hari Jumaat Oktober 11. Mari kita berdoa untuk belanjawan yang penuh belas kasihan bagi rakyat kita pada masa ini dimana negara kita terperangkap dalam peperangan perdagangan dan pergolakan politik global.
Pautan untuk muta turun adalar berikut https://drive.google.com/file/d/12iw8bB2qdCi2fZz-w5Etm6TybNsEu2HHO/view?usp=sharing
Sekiranya anda ingin salinan slide presentasi Powerpoint untuk dikongsi dalam mesyuarat doa gereja anda, hantar mesej kepada kami bersama-sama dengan e-mel anda dan kami dengan senang hati akan menghantar anda dengan salinan berkenaan.
Kalau boleh buatlah satu rangkaian doa tanpa henti 24/7 dan dukunglah negara kita dalam doa.
40 HARI BERDOA UNTUK PARLIMEN
Doa untuk Parlimen adalah salah satu musim syafaat bagi Kerajaan, bagai menyediakan satu Perisai Doa tiga kali setahun apabila Parlimen duduk dalam sesi. Musim doa yang baru ini bermula semasa Parlimen duduk selama 36 hari dari Hari Isnin, 7 Oktober hingga 5 Disember 2019.
Discover more from SIB Donggongon
Subscribe to get the latest posts sent to your email.