Doa dan Puasa SIB 31 hari (1 Mac – 31 Mac)

Selamat pagi, salam sejahtera, syallom semua jemaat Tuhan yang saya kasihi dalam kasih Tuhan Yesus. Bulan ini adalah bulan Doa dan Puasa SIB 31 hari bermula 1/3 – 31/3 ini. Hari ini adalah hari ini ke-5 kita mengadakan doa dan Puasa, di dalam masa Doa dan Puasa bulan ini maksudnya kita mengambil masa sebulan ini untuk fokus berdoa dan berpuasa. Doa dan puasa SIB ini adalah di dalam Takwim atau jadual SIB setiap tahun, begitu juga dengan agama-agama Kristian yang lain kita akan berdoa dan berpuasa pada bulan ini. Pada bulan April nanti pada 7/4 kita akan mengadakan Perayaan Paskah atau “Pass Over” iaitu memperingati akan penyelamatan umat Israel pada masa yang lalu dan penyelamatan seluruh umat manusia melalui kematian dan kebangkitan Tuhan Yesus di kayu salib.

Sepanjang doa dan puasa ini kita akan berpuasa iaitu kita berpantang makan dan minum atau meninggalkan sementara soal-soal duniawi seperti makan dan minum, kebiasaan atau kegemaran kita seperti terlalu melihat screen atau internet. Kita berfokus kepada soal-soal rohani dan membangun hubungan yg intim dengan Tuhan dengan melibatkan Roh Kudus dalam doa-doa kita. Panduan berdoa seperti dalam buku elektronik dalam bentuk pdf yg telah dihantar dalam group SIB Dgon.

Ambillah masa untuk membaca dan turut sertalah dalam program doa dan puasa ini, pilihlah cara berpuasa sebagaimana yg disarankan dalam buku tersebut, baca ayat-ayat Alkitab yang diberi dan doakan bahan-bahan doa yang telah disediakan. Kita harapkan semua jemaat SIB seluruh Sabah berdoa perkara yang sama pada setiap hari dalam masa 31 hari ini. Kita juga akan mengadakan doa semalam suntuk 3 kali dalam tempoh satu bulan ini iaitu pada 4/3, 11/3 & 18/3 bulan 3 ini. Program ini akan diadakan di dalam gereja ini secara Fizikal mulai jam 9.00 malam sehingga 12.30 pagi. Doa semalam suntuk yang pertama kita sudah laksanakan semalam dan syukur puji Tuhan sambutan yang memberangsangkan bersama kehadiran PMM, dan kita harapkan semua pemimpin dalam gereja ini turut serta terlibat beserta jemaat untuk sama-sama berdoa di dalam doa semalam suntuk ini.

Mengapa doa dan puasa ini begitu penting di dalam hidup kita sebagai orang Kristian kerana di dalam dunia ini kita diperhadapkan dengan bermacam macam cabaran dan pencobaan dalam dunia ini bukan sahaja secara peribadi tetapi juga di dalam keluarga kita, dunia kita, negara kita, negeri kita bahkan di dalam gereja kita dan pelayanan kita. Di dalam Firman Tuhan mengatakan di dalam Efesus 6:12 mengatakan kerana perjuangan kita bukanlah melawan darah dan daging tetapi melawan pemerintah-pemerintah, melawan penguasa-penguasa, melawan penghulu-penghulu dunia gelap ini, melawan roh-roh jahat.

Oleh sebab itu, marilah turut serta dan terlibat di dalam doa dan puasa SIB ini dan doa semalam suntuk pada bulan ini dan sama-sama kita sepakat mendoakan untuk melawan segala kuasa-kuasa gelap dan roh-roh jahat yang senantiasa menggoda kita apabila kita tidak kuat dan hubungan yang renggang dengan Tuhan.

Marilah kita turut serta mendoakan segala pelayanan-pelayanan kita sepanjang tahun ini dan kita libatkan Roh Kudus dalam setiap perancangan dan pelayanan kita. Sekian dan terima kasih. Semoga Tuhan memberkati.


Discover more from SIB Donggongon

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Published by @ dr jonathan

Sebuah gereja Kristian Injili dan Karismatik.