Keanggotaan Sidang Setempat

Ada dua jenis keanggotaan dalam gereja Sidang Injil Borneo iaitu Anggota penuh dan Anggota bersekutu.

Syarat2 Keangotaan dalam Sidang Setempat

A. Keanggotaan penuh

1. Pertaubatan: Dia harus sudah bertaubat daripada dosa2nya dan sudah menerima Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamatnya

2. Kenyataan: Dia harus menyatakan kesungguhan imannya dengan perubahan kehidupan di hadapan orang Kristian dan bukan Kristian. Dia harus menyatakan kasihnya kepada Allah dan sesama manusia. Membaca dan mempelajari Alkitab harus terus menerus. Mentaati perintah Allah dan aktif beribadah.

3. Umur: Dia telah mencapai umur 16 tahun

Sebelum seorang itu diterima sebagai anggota penuh, pemimpin sidang harus menerangkan kewajiban anggota sidang kepadanya dengan jelas. Dia diterima sebagai anggota penuh dalam suatu kebaktian perjamuan kudus.

B. Keanggotaan Bersekutu

Anggota bersekutu meliputi tiga golongan orang yang senantiasa menghadiri kebaktian:

1. Anak2 anggota penuh dan anggota bersekutu. Mereka harus dididik dan dilatih dengan asas2 kepercayaan dan kelakuan orang Kristian dalam rumah tangga, dalam Pelayanan Kanak2 dan Pelayanan Pemuda-pemudi, sehingga mereka menyerahkan diri kepada Kristus Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamatnya.

2. Orang yang baru menjadi orang Kristian yang belum dibaptis, tetapi boleh dibaptis. Mereka yang belum bertaubat daripada dosa2 dan berjanji menjadi murid Kristus. Mereka harus bersedia belajar tentang asas2 kepercayaan Kristian sebelum menjadi anggota penuh sidang setempat.

3. Orang yang senantiasa menghadiri kebaktian telah menyatakan keinginan mereka untuk menjadi anggota sidang, tetapi belum sanggup menerima tanggungjawab sebagai anggota penuh.

Anggota bersekutu belum dapat diterima dalam upacara rasmi. Nama2 anak anggota jemaat akan disenaraikan dalam daftar anggota bersekutu sehingga mencapai umur enam belas tahun ataupun selama mereka tetap menghadiri kebaktian. Orang lain yang sentiasa menghadiri kebaktian harus ditemui oleh seorang penatua untuk memberi penerangan bahawa nama2 mereka dimasukkan ke dalam daftar anggota bersekutu sebagai tahap pertama menjadi anggota penuh.

Anggota-anggota bersekutu (termasuk anak2 anggota jemaat yang telah mencapai umur enam belas tahun) harus digalakkan masuk ke dalam keanggotaan penuh dengan segera. Pemimpin2 sidang harus sentiasa melihat supaya tidak ada orang yang tinggal dalam keanggotaan bersekutu lebih daripada setahun tanpa diberi nasihat tentang tanggungjawab mereka terhadap sidang setempat dan kepada Tuhan.

Daftar nama anggota penuh dan anggota bersekutu harus disimpan oleh Majlis Penatua atau Majlis Sidang Setempat. Daftar keanggotaan harus dikaji sekali dalam setahun.

Rujukan: Buku Pentadbiran dan Pengurusan Pelayanan, SIB Sabah – Bab 9


Discover more from SIB Donggongon

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Published by @ dr jonathan

Sebuah gereja Kristian Injili dan Karismatik.