Syallom semua jemaat mulai hari ini 1 Mac, kita memulakan Doa Puasa SIB selama 31 hari, sila download Buku Doa Puasa yang telah disharekan sebagai panduan dan mulakan berdoa puasa. Panduan berdoa dan berpuasa bagi SIB adalah seperti berikut:-
BAGAIMANA BERDOA DAN BERPUASA?
PUASA PENUH
Mengelak dari makan makanan yang pejal. Mengambil air sahaja. Sila minta nasihat doktor untuk melakukan puasa penuh.
PUASA SEPARA
Elakkan makanan pejal dalm tempoh 12 jam iaitu contohnya dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang. Mengambil air sahaja. Puasa boleh bermula dari seawal jam 12.00 awal pagi hingga jam 7.00 petang. Akhiri puasa dengan makanan sayuran, bijiran dan jus.
PUASA MAKAN SEKALI SEHARI
Tidak makan hidangan penuh sehari. Contoh: Ambil salah satu makan tengahri atau makan malam. Tidak ada sarapan pagi. Puasa hendaklah berlangsung sehingga hidangan makanan yang berikutnya. Contoh: Dari Makan Malam Hari Selasa Hingga Ke Makan Malam Hari Rabu.
PUASA DISIPLIN
Puasa ini membuat komitmen untuk tidak aktif dalam media social selama sebulan, tidakmenonton televisyen atau wayang selama sebulan, membuang semua ketagihan selamasebulan. Setelah sebulan anda meneruskan gaya hidup yang baru dalam kekuatan Tuhan.
Selamat Berdoa Puasa, semoga Doa Puasa ini memberi suatu kekuatan dan momentum dalam Pelayan kita. Terima kasih.
Pta Jonathan Gisong
Discover more from SIB Donggongon
Subscribe to get the latest posts sent to your email.