Kaedah Berdoa dan Berpuasa dalam Kristian

Doa Puasa 1 – 31 Mac, 2025

Yehezkiel 22:30 (TB)30 “Aku mencari di tengah-tengah mereka seorang yang hendak mendirikan tembok atau yang mempertahankan negeri itu di hadapan-Ku, supaya jangan Kumusnahkan, tetapi Aku tidak menemuinya.

Dalam Nama Allah kami dan Tuhan Yesus Kristus yang Maha Kuasa dan Tuhan yang Berdaulat atas Malaysia, kami datang di hadapan-Mu, pada saat ini sebagai umatMu; Kami datang dengan penuh penyesalan dan hati yang bertaubat:

(1) Kami bertaubat atas dosa kami dan dosa pemimpin atas negara kami. Bila masa kami menggunakan politik dengan diskriminasi kaum & ekstremisme agama, ketidakbenaran dan ketidakadilan. Kami membenarkan rasuah berleluasa, kami membenarkan roh kami bersikap tidak peduli, mengeraskan hati atau berputus asa kerana keadaan di tanah kami. Kami membuka pintu bagi roh ketakutan, mistik dan tradisi animisme di tanah kami. Ketidakadilan memasuki tanah kami dan kami telah menjadi tumpuan utama bagi pemerdagangan manusia secara global.

(2) Kami bertaubat atas dosa terdalam bagi negara kami kerana dosa adalah celaan bagi-Mu dan kutukan atas tanah kami. Ampuni kami bagi dosa pelanggaran dari pemerintah kami. Kami berseru akan pengampunan kepada-Mu hari ini. Selimuti kami dengan darah anak-Mu Yesus dan ampunilah kami! Biarlah kasih karunia dan rahmat mengalir atas seluruh hidup kami dan menyembuhkan kami. Tebuslah, perbaharuilah dan bangkitkanlah kami kembali! Pulihkanlah tanah kami! Hanya Engkaulah harapan kami. Tanpa Engkau ya Tuhan, kami tidak memiliki apa-apa dan tidak ada yang dapat kami lakukan.

(3) Biarlah darah Yesus mengalir pada hari ini untuk membatalkan setiap kutukan dan setiap roh sihir di tempat yang tinggi.

(4) Biarlah kebangunan rohani yang besar turun dan tinggal di tanah kami sekali lagi!

Kami memerintahkan agar kebangunan rohani akan datang ke tanah kami dan ke gereja kami di kedua belah Timur dan Barat Malaysia: akan terjadi pertaubatan, keselamatan, tanda-tanda dan mujizat-mujizat, jiwa-jiwa berpaling kepada-Mu, sukacita, iman dan kasih di dalam Gereja-Mu!

Kami memerintahkan agar tanah ini akan dipenuhi dengan pengetahuan akan kemuliaan Tuhan seperti air yang meliputi lautan.

Kami memerintahkan agar kemuliaan-Mu akan memenuhi negara kami sehingga nama Yesus akan diangkat tinggi atas tanah kami, sehingga malu kami akan dipadamkan, negara kami akan makmur, pemulihan kaum akan mengambil tempat, pemimpin yang benar dan adil akan bangkit di tanah kami.

Kami memerintahkan agar gereja-Mu akan bertumbuh kuat untuk berdiri teguh dalam kesusahan dan penganiyaan dan tidak akan takut tetapi berdiri teguh dalam iman kerana kita melebihi dari semua penguasa melalui Kristus yang mengasihi kita.

Kami memerintahkan agar ada roh bersyafaat berdoa, memuji menyembah & ucapan syukur dan iman dalam gereja Mu.

Kami memerintahkan agar tiada, sesungguhnya tiada yang dapat mengatasi tujuan-Mu dan gereja-Mu atas tanah ini.

Kami mengisytiharkan bahwa Engkaulah empunya Kerajaan, Kuasa dan Kemuliaan selama-lamanya. Amin!

BAGAIMANA BERDOA DAN BERPUASA?

PUASA PENUH

Mengelak dari makan makanan yang pejal. Mengambil air sahaja. Sila minta nasihat doktor untuk melakukan puasa penuh.

PUASA SEPARA

Elakkan makanan pejal dalam tempoh 12 jam iaitu contohnya dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang. Mengambil air sahaja. Puasa boleh bermula dari seawal jam 12.00 awal pagi hingga jam 7.00 petang. Akhiri puasa dengan makanan sayuran, bijiran dan jus.

PUASA MAKAN SEKALI SEHARI

Tidak makan hidangan penuh sehari. Contoh: Ambil salah satu makan tengahari atau makan malam. Tidak ada sarapan pagi. Puasa hendaklah berlangsung sehingga hidangan makanan yang berikutnya. Contoh: Dari Makan Malam Hari Selasa Hingga Ke Makan Malam Hari Rabu.

PUASA DISIPLIN

Puasa ini membuat komitmen untuk tidak aktif dalam media social selama sebulan, tidak menonton televisyen atau wayang selama sebulan, membuang semua ketagihan selama sebulan. Setelah sebulan anda meneruskan gaya hidup yang baru dalam kekuatan Tuhan.

Rujukan: Buku Doa Puasa SIB 2025


Discover more from SIB Donggongon

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Published by @ dr jonathan

Sebuah gereja Kristian Injili dan Karismatik.