SELAMAT DATANG

24899700_403130473440603_49146192988064439_n[1]

Selamat datang ke Laman Web Gereja SIB Donggongon Penampang, Sabah.

Semoga Tuhan Memberkati Anda.

Asas-asas doktrin Sidang Injil Borneo ialah kepercayaan bahawa:-

1. Kesemua isi kandungan Alkitab yang terdiri daripada Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru adalah diilhamkan oleh Roh Kudus dan mempunyai kuasa luhur dan mutlak.

2. Allah Bapa, Anak dan Roh Kudus adalah Allah Tritunggal.

3. Tuhan Yesus kristus adalah Allah sejati dan Manusia sejati, kelahiran-Nya dari seorang perawan, kematian-Nya untuk manusia dan kebangkitan-Nya secara jasmani, ketuhanan-Nya yang kekal, keagungan-Nya sekarang dan kedatangan-Nya dalam kemuliaan pada akhir zaman.

4. Kejatuhan manusia dalam dosa mengakibatkan kematian rohani dan kerosakan akhlaknya, serta keperluan untuk bertaubat dan dilahirkan kembali, dibenarkan kerana iman melalui kematian dan kebangkitan Kristus, pengudussan oleh darah Kristus dan Roh Kudus, kebangkitan tubuh untuk orang yang benar dan tidak benar, hidup kekal untuk orang yang percaya dan hukuman kekal untuk orang yang tidak percaya.

5. Gereja adalah persekutuan orang yang percaya kepada Tuhan Yesus Kristus sebagai tubuh Kristus yang kudus dan sejagat.

__________________________________________

Kebaktian setiap Hari Minggu

Satu Sesi sahaja

Mula jam 9.00 am – 11.00 am

– walaubagaimanapun Ibadah Online diadakan

– sila check youtube: ibadah online gereja SIB Donggongon

Persekutuan setiap Kelompok Sel adalah setiap Rabu malam

Persekutuan Doa setiap Hari Jumaat jam 7.30 pm – 9.30 pm

Persekutuan Pelayan setiap Petang Hari Sabtu jam 5.00 pm – 7.00 pm.

Latihan Pujian Penyembahan setiap Hari Sabtu, jam 7.30 pm

PERJAMUAN KUDUS:

Setiap jemaat yang sudah dibaptis diperbolehkan menerima Perjamuan Kudus.

Perjamuan kudus diadakan setiap awal bulan yang dikendalikan oleh Pastor dan dibantu oleh Penatua.

SUMBANGAN PEMBERIAN KASIH DAN PERPULUHAN:
 
Setiap sumbangan sangat-sangat dihargai untuk membantu pelayanan pekerjaan Tuhan di gereja SIB Donggongon, anda bolehlah disalurkan ke akaun gereja melalui online:
 
GEREJA SIDANG INJIL BORNEO
A/C No. 3160395022 PUBLIC BANKS
SEGALA SUMBANGAN/PEMBERIAN KASIH/PERPULUHAN JUGA BOLEH DIBUAT MELALUI ONPAY:
https://sibdonggongon.onpay.my/