GEREJA SIDANG INJIL BORNEO, DONGGONGON, PENAMPANG.
TAJUK: SEJARAH DAN PERKEMBANGAN GEREJA SIB DONGGONGON
– Cabaran Pelayanan Dalam Mencapai Visi dan Misi
PENDAHULUAN:
Sebagai gereja lokal SIB di Pekan Donggongon dalam daerah Penampang yang berada di dalam daerah yang majoriti beragama Kristian Roman Catholic bukan mudah untuk mandiri.
Walaubagaimanapun gereja ini telah wujud sebelum gereja lokal yang mandiri yang diistiharkan pada 1hb. September 2001, lapan belas tahun yang lalu.
Gereja ini hanya dimulakan oleh para pemimpin yang mempunyai visi, serta komitmen yang tinggi untuk melihat gereja SIB akan diwujudkan di Pekan Donggongon. Sebagai persekutuan Kelompok sel yang dimulakan dari pelabagai asal usul masing-masing dan kepercayaan, memang amat sukar untuk memahami bagaimana mengendalikan kelompok sel tersebut terutamanya ruang tempat ibadah persekutuan yang sudah tentunya memerlukan kewangan.
Visi para pemimpin pada masa itu adalah gereja SIB Donggongon akan diwujudkan di Pekan Donggongon untuk mengumpulkan jemaat-jemaat SIB dari pelbagai daerah yang bekerja di sekitar Penampang untuk memudahkan mereka mengikuti persekutuan doa memandangkan gereja SIB Likas begitu jauh, di samping itu menjangkau jiwa-jiwa yang belum berpeluang untuk mendengar tentang injil Kristus. Oleh sebab potensi kelompok sel ini SIB di Penampang ini, maka SIB Likas pada masa itu telah mengistiharkan Projek 10 buah gereja pada Tahun 1996 di kawasan Kota Kinabalu yang seterusnya diserahkan kepada gereja SIB Bandaraya, Kota Kinabalu untuk melancarkannya.
Pada masa kini, gereja SIB Donggongon telah berkembang dan mempunyai keanggotaan jemaat sebanyak 200 hingga 300 orang termasuk kanak-kanak, dari pelbagai suku kaum keturunan seperti Kadazandusun, Murut, Lundayeh dan lain-lain. Dengan perkembangan pelayanan pada masa kini secara langsung ruang ibadah yang sedia ada tidak lagi menampung jemaat dan ada Tahun 2013 kepimpinan gereja telah memilih untuk mengadakan dua sessi kebaktian iaitu pada jam 8.00 am – 10.00 am dan 10.00 am – 12.00 t.h.
LATARBELAKANG GEREJA:
Gereja SIB Donggongon telah dimulakan pada tahun 1984 bermula dengan sebuah kelompok sel di bawah naungan gereja SIB Likas. Pemimpin terawal adalah mendiang Dkn Jeffry Lim dan isteri Dkns Judy Liman, mendiang Penatua Nicholas Linggu dan isteri Dkns Stella Gabing, mendiang Dkn David Ranggis dan isteri Dkn Jonika Gabu, Dkns Emis Emis dan keluarga dan beberapa orang yang lain seperti Penatua Charlie Balatik, David Ebin yang melayani kelompok sel pada masa itu yang tinggal sekitar pekan Donggongon yang bekerja di Penampang. Kelompok sel pada masa itu telah dimulakan dengan iman oleh pemimpin terawal untuk mengumpul jemaat SIB yang berasal dari pelbagai daerah yang bekerja atau menetap di sekitar pekan Donggongon dan juga untuk menjangkau jiwa-jiwa penduduk Penampang yang belum pernah berpeluang mendengar tentang Injil Kristus.
Selama 12 tahun dari tahun 1984 sehingga 1996 kelompok sel ini banyak menghadapi pergumulan dan tiada perkembangan, hanya mengadakan persekutuan doa kelompok sel dan jemaat masih beribadah pada hari Minggu di gereja SIB Likas. Pada tahun 1996 kelompok sel ini telah dimasukkan dalam Projek 10 gereja untuk memulakan pengwujudan gereja di Kawasan Kota Kinabalu di bawah pengawasan dan pelayanan dari gereja SIB Bandaraya, Kota Kinabalu.
Syukur Puji Tuhan selepas 5 tahun, walaupun masih banyak pergumulan, pentadbiran dan pelayanan berkembang sebagai sebuah gereja, pada tahun 1hb. September, 2001 kelompok sel tersebut telah disitiharkan sebagai sebuah gereja lokal yang mandiri yang disempurnakan oleh Pastor Raphael Biun, Setiausahan Agung SIB Pusat pada masa itu.
CABARAN UTAMA PENUBUHAN GEREJA SIB DONGGONGON.
Persekutuan ibadah hari Minggu yang diadakan di rumah mendiang Dkn Jeffry Lim menghadapi krisis pemilikan tanah sehingga tiada lagi tempat ibadah hari minggu dan persekutuan ibadah terpaksa diberhentikan oleh sebab ketiadaan tempat ibadah. Akhirnya kepimpinan gereja membuat inisiatif untuk sekali lagi menyewa di Lot keda idi J. Tapikung, Tingkat 2 Pekan Donggongon di atas Agro Bank. Sejak itu kepimpinan gereja mulai memantapkan usaha dan pentadbiran untuk mencari kewangan gereja sejak tahun 2012. Sumber kewangan yang terhad hanya bergantung kepada kutipan persembahan, persepuluhan dan pemberian kasih.
Pada mulanya kelas sekolah minggu sangat tidak selesa hanya diadakan di koridor lot kedai di tingkat 2 dan selalu dibincang dalam mesyuarat Majlis gereja betapa pentingnya untuk mencari ruang yang selesa untuk kelas sekolah minggu kerana kanak-kanak sekolah minggu adalah aset gereja yang menjadi pemimpin di masa hadapan.
Keanggotaan jemaat juga tidak tetap kerana faktor perpindahan tempat kerja. Kelompok sel mengalami pegumulan berkaitan hal kepimpinan dan pelayanan di dalam usaha misi penginjilan penjangkauan jiwa-jiwa di penampang. Atas berkat ketekunan doa-doa jemaat, kesetiaan dalam persekutuan, saling mendorong dan saling mengasihi antara satu sama lain, kelompok sel telah mengalami perkembangan dari pertambahan anggota jemaat, pelayanan yang semakin meluas.
KEPIMPINAN GEREJA:
Pastor: Pst. Nuriah Madesin
Pastor Penginjil: Pst. Nicholas Charl Yumitin
Associate Pastor: Pst. Jirry Bonot (STS Master Student)
Ahli Majlis Sidang:
Pengerusi: Pta Thomas Padan
T/P: Pta Jonathan Gisong
Setiausaha: Dkn Rudis Damin
T/SU: Dkn Bobby Barnabas
Bendahari: Dkn Jacob Laeng
T/B: Dkns Roseria Nain
Ahli:
Dkn Marcellus, Dkn Emus, Dkn Micheal, Dkn Anajery. Dkn Pangkui, Dkn Robert, Dkn Duncan, Dkns Ramlah, Dkns Resumi, Dkns Emis
Ketua Cabang Pelayanan:
PW: Dkns Stella M Gabing
WIRA: Dkn Rudis Damin
PMM: Dkn Alfeus Nicholas
PKK: Dkns Catherine J. Kawat
CABANG-CABANG PELAYANAN:
- Pelayanan WIRA
- Pelayanan Wanita
- Pelayanan PMMR
- Pelayanan PKK
- Pendoa Syafaat
- Peyanan Kelompok Sel
Pelayanan Pendoa Syafaat:
Persekutuan doa diadakan setiap hari jumaat malam iaitu persekutuan doa untuk untuk Majlis gereja dan semua pendoa-pendoa syafaat, sesuai dengan pelan doa SIB Sabah, iaitu membentuk rangkaian doa secara besar-besaran untuk mempersiapkan jemaat dan gereja menerima curahan Roh Kudus pada tahun hadapan. Persekutuan doa ini masih dalam peringkat pergumulan kerana kehadira yang tidak menggalakkan sejak gereja SIB Donggongon menjadi lokal dan sentiasa dalam bahan doa pendoa-pendoa syafaat yang hadir. Seorang ketua pendoa syafaat ini perlu ada visi, ketekunan dan komitment yang tinggi untuk menggerakkan pendoa-pendoa syafaat. Gereja sedang mendaftarkan pendoa-pendoa syafaat yang benar-benar ada komitment untuk menjadi pendoa-pendoa syafaat yang tetap dan konsistent dalam gereja kerana kekuatan doa adalah kekuatan gereja untuk maju dan membangun.
Pelayanan Pendoa Syafaat juga telah menwujudkan group Rakan Doa/Teman Doa Berantai, di mana pendoa-pendoa syafaat akan berdoa pada masa yang ditetapkan sepanjang hari bermula 6.00 pm – 600 am di tempat masing. Pendoa-pendoa syafaat akan mendoakan isu-isu negara, kerajaan, Pentadbiran Pusat, Penatdbiran Kawasan, Pentadbiran sidang, semua aktivii-aktiviti cabang-cabang pelayanan, doa khusus untuk orang sakit dan sebagainya. Visi kepimpinan sidang adalah untuk membentuk atau menyediakan menara doa/mezbah doa di gereja dengan mempunyai tempat atau ruang khas.
PELAYANAN KELOMPOK SEL:
Setakat ini rekod gereja seramai 218 orang telah dibaptis. Untuk memantapkan Misi Penginjilan gereja telah merancang untuk mendapatkan seorang Pastor Penginjil, dan puji Tuhan pada tahun 2019 gereja telah mendapat seorang Pastor Penginjil sepenuh masa iaitu Pastor Nicholas Charl Yumitin berasal dari SIB Kawasan Taginambur.
Manakala associate Pastor Jirry Bonot yang masih menuntut peringkat Master Degree di STS telah menjadi jemaat di gereja SIB Donggongon sejak 5 tahun yang lalu semasa menuntut peringkat First Degree di STS dan melayani Pelayanan PMMR dan juga mengenalpasti, melayani dan membentuk kelompok-kelompok baru terutamata orang-orang Sungai yang berasal dari Kota Marudu, Pitas, Paitan dan Ulu Sugut yang tinggal berselerak dan bekerja di kilang-kilang, kedai makan dan sebagainya di sekitar Penampang.
KELOMPOK SEL:
- Glory, Timpangoh – Ketua: Pta Thomas (0198118602)
- Haleluyah, Sugud – Ketua: Pta Nicholas L (0168123466)
- Ezra, Donggongon – Ketua: Dkn Anajery G (0128168069)
- Emanuel, Kesigui – Ketua: Dkns Ramlah M (0128369447)
- Agape, Kobusak – Ketua: Dkns Judy L (0168251954)
- Joy, Babah – Ketua: Dkns Emis E (0146700235)
- Ora Et Labora, Country Height – Ketua: Dkn Duncan T (0146308892)
- Hosana, Kiranau – Ketua: Dkn Micheal M (0198322152)
- Rajawali, Kepayan Ridge – Ketua: Pn Rinai (0189699786)
- Shallom, Kolopis – Dkn Andrew O (0109489389)
- Yohanes, Rugading – Dkn Pangkui (01118734527)
- Ekklesia, Kibabaig – Dainis (012-8033455)
Setiap kelompok sel ada Ahli Jawatan Kuasa masing-masing dan persekutuan doa pada setiap malam Rabu diadakan di rumah ahli kelompk secara bergilir. Kelompok Sel berfungsi untuk menjangkau jiwa-jiwa baru yang belum menerima Yesus di samping program pemuridan untuk mempersiapkan setiap ahli untuk mengembangkan karunia untuk melibatkan dalam pelayanan yang lebih besar. Setiap Kelompok Sel dibekalkan Buku Pelajaran bersiri dan Pastor Penginjil dan associate Pastor akan mengunjungi setiap Kelompok Sel. Manakala Pastor Sidang akan mengadakan Kelas Alkitab setiap hari Sabtu jam 4.00 petang sebulan sekali dan kadang-kadang mengunjungi Kelompok Sel dan keluarga yang memerlukan pelayanan khusus.
CABARAN MASA HADAPAN:
Visi Gereja 2015 – 2017: Dimuridkan dan memuridkan.
Misi Gereja 2015 -2017:
- Semua jemaat memiliki Alkitab sendiri
- Setia dalam persekutuan ibadah
- Setia memberi Persembahan & Perpuluhan
- Bersaksi
- Memiliki gedung/bangunan gereja yang menampung 1000 orang
Misi ke-5 gereja– Memiliki gedung/bangunan gereja sendiri yang mempunyai 1000 orang.
Misi projek ini telah dimulakan sejak tahun 2012 dengan kesedaran pihak kepimpinan gereja bahawa cabaran utama gereja SIB Donggongon sejak diwujudkan di daerah Penampang ialah ketiadaan gereja ataupun tempat ibadah. Memandangkan misi projek ini tidak memberangsangkan dan pemungutan dana yang amat rendah, maka pada tahun 12hb. Mac, 2017 kepimpinan gereja telah mengambil inisitaif untuk melancarkan Tabung Pembangunan gereja yang dilancarkan oleh Penatua Sualim Gopog selaku Ketua SIB Kawasan pada masa itu. Projek Misi ini adalah 5 tahun dan usaha dana seperti makan amal, tabung bangunan, janji iman dan lain-lain. Projek Misi ini adalah untuk mengusahakan pencarian dewan ibadah, kelas sekolah minggu yang lengkap dan selesa, pejabat sidang, rumah pastor dan sebagainya.
Untuk mencapai sasaran Projek Misi ini, kepimpinan gereja telah menetapkan sasaran dan dinilai setiap tahun seperti yang dibuat oleh Jossy Chacko, Empart Inc. (Cara jitu untuk Memeprluaskan jangkauan Kepimpinan anda). Tanpa Misi, Visi dan Penetapan Sasaran amat sukar untuk mencapai program yang dirancang oleh gereja terutama di dalam projek misi gereja untuk mencari pendanaan untuk Tabung Pembangunan gereja. Berikut adalah latarbelakang siapakah Jossy Chacko dan kepimpinan yang menjadi contoh bagaimana pertumbuhan gereja oleh Jossy Chacko, Empart Inc. Yang menjadi panduan gereja untuk bertumbuh dan berkembang.
UNQUESTIONABLE WAYS TO EXPAND YOUR LEADERSHIP REACH
(Cara Jitu untuk Memperluaskan Jangkauan Kepimpinan Anda
– Jossy Chacko, Empart Inc.)
Latarbelakang – Jossy Chacko, Empart Inc.
Jossy chacko adalah pengasas dan President, Empart Inc., dia mengetuai pelayanan golabal untuk menyalakan transformasi komuniti secara holistik di antara penduduk yang belum terjangkau di Asia. Dia mempunyai sasaran untuk menstransformasikan 100,000 komuniti pada tahun 2030, dengan purata penubuhan gereja 11 buah dalam masa sehari pada tahun 2015 di dalam posisi sasaran Jossy dan memberikan kepimpinan kepada lebih dari 6,500 di 7 buah negara.
Jossy menggunakan karunianya sebagai komunikator untuk mencabar pemimpin ahli perniagaan dan pemimpin kerohanian untuk menangkap Visi Allah yang lebih besar. Jossy meninggalkan Selatan India pada umur 17 tahun dengan wang saku sebanyak 20 dolar, tiket sehala ke Australia dengan impian yang besar untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Bermula dengan kehidupan yang sukar di Australia dengan ketiadaan pekerjaan, tiada wang dan keluarga. Berputus asa dan sehingga ingin membunuh diri, Jossy kemudian bertemu dengan Yesus secara peribadi.
Kemudian, dia menjadi rakan niaga sebuah syarikat logistik yang kecil dan kemudian berkembang menjagdi Public listed Company di Bursa Saham Australia. Dia bekerja keras dan sibuk untuk meningkatkan perniagaan dan mengejar kejayaan. Jossy mempunyai rencana untuk bersara awal di ladang hobi nya. Secara tiba-tiba rencananya berubah apabila dia bertemu dengan seorang budak lelaki berumur 8 tahun yang tiada mempunya rumah semasa dia berbulan madu di India Utara bersama isterinya iaitu seorang Australia bernama Jenni. Pertembungan ini menjadi pemangkin untuk Jossy memulakan sesuatu pembangunan yang sangat mendalam di dalam komitmen untuk perubahan hidup, iaitu alasan seorang Kristian untuk melibatkan diri dalam “Pelayanan Amanat Agung” di mana di melihat ketidakadilan yang besar di dunia ini, di mana sebahagian orang tidak berpeluang untuk mendengar tentang injil pada bila-bila masa sedangkan sebahagian orang tidak berpeluang langsung mendengar tentang Injil Kristus.
Pengalaman dan komitmen beliau ini memuncak dengan penubuhan Empart Inc. pada Tahun 1998. Buku yang ditulis oleh Jossy iaitu “Madness” menjelaskan perjalanan, pengalaman hidupnya dan keterlibatan beliau secara kritikal di dalam hidupnya bermula dari seorang budak yang hina, dan bapanya yang berpenyakit mental, menjadi seorang yang berjaya dalam kewangan dan menyerahkan seluruh hidup nya untuk melayani orang yang miskin dan tersesat dari jalan Tuhan.
Di dalam Visi Jossy, Empart berkembang bermula dari menyediakan bilik kosong di rumah Jossy Chacko dan menghasilkan dan menuju transformasi komuniti yang membawa transformasi secara rohani dan sosial kepada penghidupan dan komuniti. Inisiatif transformasi Empart sekarang ini berimpak kepada 6.5 juta penduduk setiap bulan, dengan 6,500 perkerja penuh masa dan pejabat di 7 buah negara. Empart di posisi yang baik untuk mencapai objektif dan sasarannya.
Komitmen Jossy dengan slogan “Tiada yang binasa” memaksa beliau untuk melayani berbilang bangsa, memberi inspirasi kepada banyak ahli perniagaan dan pemimpin-pemimpin rohani untuk menangkap Visi Allah. Dalam beberapa tahun Jossy telah melabur sesuatu yang sangat penting kepada pemimpin-pemimpin dan impak yang besar, terutama di Eropah dan Asia. Beliau juga melayani di beberapa buah negara dan banyak perniagaan antarabangsa dan NGO. Jossy mempunyai karunia sebagai komunikator, berkebolehan untuk berceramah, berwawasan, berjenaka, melayani untuk memberi cabaran, memberi inspirasi, berhadapan dan berkomitmen kepada semua pendengar-pendengarnya. Berkat Allah sungguh nyata dalam kehidupan Jossy dan pelayanan dan pintu sentiasa terbuka untuknya dengan politik, perniagaan, dan pemimpin-pemimpin rohani di seluruh dunia. Jossy dan Isterinya Jenni, tidak menerima gaji dari Empart, mereka memilih untuk melayani dengan bersukacita dengan iman, dengan mengetahui Allah memberikan kebutuhan hidup. Mereka tinggal di Melbourne, Australia dengan 4 orang anak dan 2 ekor anjing.
Apa yang kita lakukan dengan talenta anda:
Kepercayaan dengan iman untuk melakukan untuk menggandakan karunia yang telah diberikan kepada kita. Tuhan mengharapkan kita mengembangkan apa sahaja yang Tuhan berikan dan percayakan kepada kita. DNA untuk menggandakan telah diberikan kepada setiap kita dari semula. Kita tidak ada alasan untuk tidak menggandakan karunia talenta kita. Jossy telah menginspirasikan untuk mengembangkan kepimpinan dengan 3E iatu, Enlarge your Vision (Memperluaskan Visi anda), Empower your people (Memperkuatkan orang anda) dan Embrace Risk (Merangkul Risiko).
Memperluaskan Visi anda (Enlarge Your Vision)”
Apa visi yang diberikan Allah kepada anda saat ini? Tuliskan pernyataan visi anda dalam satu ayat.
1. Apakah cara2 penggandaan yang diperlukan dalam visi ini untuk mencapai matlamatnya?
2. Apakah halangan2 yang wujud dalam pencapaian visi anda sekarang?
3. Jossy mengingatkan kita agar berhati-hati dengan ‘peletus visi’ (Vision breaker) tetapi mengizinkan Allah menyatakan ukuran dan skala visi anda.
Bagaimanakah mengetahui Allah dapat membantu supaya visi anda menjadi kenyataan?
Memperkuatkan Orang Anda (Empower Your People):
1. Apakah ketakutan atau luka pada masa lalu telah menghalang anda berkongsi ilmu kepimpinan anda dan memperkuatkan orang di sekeliling anda untuk mencapai visi ini?
2. Dengan mempertimbangkan perwatakan dan kecekapan, sila kenalpasti beberapa orang dalam kumpulan anda yang dapat memperkuatkan untuk memberi sumbangan terhadap visi yang diperkembangkan itu. Senaraikan nama-nama orang itu, kualiti perwatakannya, cara-cara yang digunakan untuk memperkuatkan mereka, dan ukuran kejayaannya.
| Nama Individu | Kualiti perwatakan yang anda lihat | Kesempatan untuk memperkuatkan mereka | Apakah kejayaan yang dilihat |
Table 1
Merangkul Risiko (Embrace Risk):
1. Di manakah anda akan menempatkan diri anda pada spektrum di bawah ini, ketika berhubung dengan keselesaan anda dalam merangkul risiko saat ini? (Tandakan di garis spektrum tersebut)
L__________________________________l___________________________________l
Kekalkan Perintis
Figure 1
2. Bagaimanakah penentuan anda di atas sejajar dengan potensi pencapaian visi anda? Apakah bahagian hidup yang anda perlu merangkul lebih banyak risiko, serta menjalani kehidupan yang penuh keyakinan dan bukan ketakutan?
Membuat Keputusan (Make decision):
Jossy mencabar para pemimpin membuat keputusan dan mula mengambil tindakan ke atas impian yang telah diberikan Allah kepada mereka. Lengkapkan carta di bawah ini sebagai permulaan untuk memimpin berdasarkan impian yang diberikan oleh Allah.
| Visi yang Allah berikan kepada Anda | Jangka masa waktu permulaan pencapaian Visi | Kenalpasti satu orang untuk kebertanggungjawaban |
|
Matlamat dalam masa 10 hari Matlamat dalam masa 30 hari Matlamat dalam masa 90 hari |
Semakan hari ke-10 Semakan hari ke-30 Semakan hari ke-90 |
Table 2
VISI, MISI & SASARAN EMPART INC.
VISI: Membawa transformasi holistic (fizikal, mental, sosial & spiritual) kepada individu atau komuniti
MISI: Menjangkau, mengembalikan, melepaskan dan menyediakan pemimpin yang berkaliber untuk transformasi komuniti.
SASARAN: Sasaran utama adalah untuk melihat 100,000 komuniti ditransformasi di Asia pada Tahun 2030.
PROGRAM EMPART:
- Transformasi kerohanian
- Transformasi komuniti
- Pusat Transformasi
- Rumah Anak Yatim
- Program Pendidikan
- Perubatan & Aktiviti Sosial
Slogan Empart Inc. – Jossy Chacko ialah “Tiada yang Binasa” dan pelayanan hanya dengan iman dan kepercayaan – BERDOA – BERI – PERGI
PENUTUP:
Pada tahun ini pada bulan September, gereja SIB Donggongon akan meraikan Ulang Tahun ke-18 kewujudan gereja sebagai gereja lokal yang mandiri. Selama 18 tahun menjadi gereja lokal sudah tentulah gereja mengalami banyak pergumulan, walaubagaimanapun gereja telah mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang semakin ketara dari segi kemantapan Pentadbiran Majlis gereja dan pengurusan kewangan yang lebih teratur.
Dalam usaha mencari dana untuk Tabung Pembangunan Misi gereja ke-5 iaitu memiliki gedung/bangunan gereja sendiri yang menampung 1000 orang, maka sempena ulang tahun ke-18 pada bulan September ini iaitu pada 7hb. Sepetember ini, gereja akan mengadakan Makan Amal di Pan Borneo Hotel, Puatatan hotel bertaraf 4 bintang dalam usaha mencari pendanaan untuk misi ke-5 gereja dan telah diluluskan oleh Ketua SIB Kawasan KK. Suatu jawatankuasa telah dibentuk untuk membuat persiapan dan pengedaran tiket-tiket makan amal di sekitar gereja SIB Kawasan KK dan juga luar kawasan. Sasaran kita adalah dapat menjual sekurang-kurang 60 meja.
Di samping itu gereja telah membentuk jawatankuasa Pembangunan gereja yang telah menetapkan sasaran dalam tempoh 5 tahun ini untuk mencapai misi gereja untuk memiliki gedung gereja seperti juga gereja-gereja lokal di sekitar Kota Kinabalu. Selain dari usaha dana gereja adalah mengenalpasti individu-individu yang benar-benar berkomitmen tinggi untuk janji iman dalam tempoh lima tahun di samping ada kutipan Tabung Pemabangunan gereja setiap minggu ke-3 setiap bulan
Di harapkan atas berkat-berkat doa-doa jemaat dan juga kepimpinan gereja yang bersatu hati dapat melaksanakan apa-apa program untuk mencapai sasaran gereja bukan sahaja dalam mencapai misi Tabung Pembangunan ini tetapi juga dalam setiap cabang pelayanan seperti, Pelayanan Wanita, Pelayana Wira, Pelayanan PMMR, Pelayanan PKK, Kelompok Sel, Pendoa Syafaat, Pujian Penyembahan dan sebagainya. Sebagai akhir kata tiada perancangan yang telah dirancang akan menjadi kenyataan kecuali diserahkan sepenuhnya di dalam rencana dan penyerahan kepada Tuhan Yesus Kristus Tuhan kita.
‘SYUKUR PUJI TUHAN, SEMOGA TUHAN MEMBERKATI.’
Rujukan: Global Leadership Summit – Unquestionable Ways to Expand Your Leadership Read Cara Jitu untuk memperluas Jangkauan Kepimpinan Anda) – Jossy Chacko
- Visi & Misi Gereja SIB Donggongon